Saturday, May 31, 2014

SUSU IBU ADALAH PELINDUNG UNTUK IBU DAN BAYI

Telah banyak informasi dan maklumat tentang manfaat dan kebaikan mengenai susu ibu ini. Manfaat memberikan susu badan ini akan dinikmati oleh ibu dan anak.

Bagi anak, dia memperolehi semua khasiat yang diperlukan sesuai dengan umurnya. Susu ibu adalah makanan yang lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ibu ini, karena susu ibu mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.

Susu ibu juga membantu perkembangan otak dan system saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.

Bayi yang diberi susu ibu, kurang mengalami masalah alahan berbanding dengan bayi yang membesar dengan susu formula. Penyusuan badan juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang.

Sedangkan susu formula mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini menyebabkan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama ketika sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.
Itu sebagian dari manfaat susu ibu untuk bayi. Sedangkan pada diri ibu sendiri, penyusuan badan mempercepat penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke pada saiz asal serta menghentikan pendarahan setelah bersalin.

Penyusuan badan dapat membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan resiko berlakunya kemurungan setelah bersalin. Memang kebanyakan wanita berasa sedih beberapa hari setelah bersalin. Ini adalah hal biasa, tetapi kesedihan itu perlahan-lahan akan hilang apabila ibu mulai menyusukan bayi mereka.
Bagi ibu yang mengamalkan permakanan yang seimbang dan sehat, akan menghasilkan susu badan yang baik untuk anak. Uniknya, komponen dalam susu badan ini berubah-ubah mengikut pertambahan usia anak.

Penyusuan badan juga memberikan perlindungan tambahan kepada ibu karena hal ini akan mengurangkan resiko mendapat kanser payudara dan kanser ovari –dua jenis kanser wanita yang paling ditakuti.

Kanser payudara memberi banyak kesan kepada penampilan dan psikologi seseorang wanita, manakala kanser ovari dikelaskan sebagai kanser yang menakutkan karena sukar dikesan.

Satu hal yang penting yang perlu ibu-ibu ketahui yaitu penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan berlebihan yang anda “kumpul” sepanjang tempoh kehamilan anda.

Setiap wanita yang melahirkan anak telah dianugerahkan Tuhan dengan makanan untuk bayi (susu badan). Pengeluaran susu badan berlandaskan konsep ada permintaan, baru ada penghasilan. Maknanya, jika bayi tidak diberi susu badan, penghasilan susu badan berkurangan dan berhenti selepas tempoh tertentu.

Banyak wanita menganggap kemahiran menyusukan bayi datang secara alami setelah melahirkan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari; baru anda dapat menyusukan bayi dengan baik dan hal ini secara tidak langsung meningkatkan penghasilan susu badan.

Apa yang diperlukan ? Teruskan penyusuan walaupun anda berasakan susu yang keluar sangat sedikit. Bayi anda bijak, dia akan menghisap susu dan berhenti apabila rasa kenyang; tidak akan tahu berapa banyak susu yang masuk ke dalam perutnya. Kuantiti yang anda rasakan “sedikit” itu mungkin cukup untuknya untuk sekali susuan.
Pada awalnya susu yang keluar memang sedikit. Teruskan memberikan rangsangan (menyusu bayi dengan betul); pengeluaran susu akan lebih tetap setelah 3 hari melahirkan anak.

Beberapa faktor boleh mempengaruhi pengeluaran susu seperti kurang rangsangan, cemas dan bimbang, merokok, minum minuman beralkohol, kurang keyakinan serta tidak mendapat sokongan, khususnya daripada suami dan ahli keluarga yang lain, untuk menyusukan bayi.

Ada yang bertanya adakah makanan khusus yang boleh meningkatkan penghasilan susu badan ?. Tidak ada. Yang perlu dilakukan hanya mengamalkan pemakanan seimbang dan banyak minum air; sekurang-kurangnya 1 – 1 ½ liter air sehari.

Wanita yang menyusukan anak memerlukan lebih kalori (300 hingga 500 kalori) berbanding wanita lain. Cara mendapatkannya adalah makan yang kerap yaitu 5 hingga 6 kali sehari dan lebihkan mengambil protein.

Larangan makan ayam karena takut gatal, terutama bagi wanita yang bersalin melalui pembedahan, sebenarnya tidak praktikal karena ayam mengandungi protein yang sangat diperlukan untuk penyembuhan luka. Kalau tidak mahu makan ayam, boleh diganti dengan sumber protein yang lainnya.

Susu yang dirumus untuk ibu juga baik bagi membantu wanita mendapatkan kalori harian secukupnya karena biasanya mengandungi vitamin D, asid folik dan mineral. Ramai bertanya mengenai makanan yang perlu dielak ketika menyusukan bayi.

Bagaimanapun menurut pakar pemakanan, wanita supaya tidak mengambil ubat atau persediaan herba sebelum dan sesudah bersalin karena hal ini boleh menyebabkan lebih banyak pendarahan ketika bersalin secara normal atau pembedahan. Pengambilan persediaan herba ini dibenarkan 6 minggu setelah bersalin.

Cara meningkatkan pengeluaran susu badan :

· Letakkan bayi dekat dengan payudara.
· Jangan berikan puting getah pada bayi, karena hal ini boleh mengelirukan bayi dan mengurangkan masa mengisap susu badan.
· Berikan galakan pada bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu akan dihasilkan.
· Penghasilan susu berlandaskan konsep ada permintaan, ada bekalan.
· Jangan membatasi kekerapan menyusukan anak.
· Beri susu dari kedua-dua belah payudara. Jangan tertumpu pada sebelah saja supaya penghasilan susu setara.
· Berehat sebanyak mungkin dan bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.
· Jangan berasa terpaksa menyusukan anak dan tidak sabar menunggu anak habis menyusu. Beri masa kepada anak dan diri sendiri karena hal ini merupakan proses belajar untuk anda berdua, ibu dan bayi.

Cara penyusuan bayi yang betul

· Letak bayi pada posisi yang betul, dengan berbaring atau duduk dengan memangkunya.
· Pastikan kedudukan anda juga betul.
· Sentuh mulut bayi dengan puting anda sehingga dia membuka mulutnya. Dekatkan bayi ke dada dan pastikan puting serta bahagian areola masuk sepenuhnya dalam mulut bayi.
· Jika bayi atau ibu nampak tidak selesa, tarik puting daripada mulut bayi dan mulakan semula.
· Susukan bayi hingga dia kenyang yaitu sehingga bayi melepaskan puting ibu secara spontan.
· Selepas selesai penyusuan di sebelah payudara, beri bayi susu daripada payudara yang sebelah lagi.
· Tanda penyusuan betul adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagunya menyentuh payudara ibu, bibir bawah dalam keadaan normal (tidak terlipat ke dalam mulut) dan anda boleh melihat tindak balas bayi ketika menyusu.

Masalah yang biasanya timbul ketika penyusuan badan

Antara masalah yang sering dialami wanita adalah payudara bengkak karena banyak susu. Cara mengurangkan bengkak adalah dengan menyusukan bayi dengan kerap dan mengepam susu (supaya boleh disimpan dan diberikan kepada anak kemudian).

Jika bengkak masih tidak hilang, tuam payudara dengan tuala yang direndam dalam air hangat (elak terkena puting dan aerola yaitu bagian berwarna gelap sekeliling puting). Ulang beberapa kali sehingga rasa sakit dan bengkak berkurangan. Anda juga boleh mengurut payudara perlahan-lahan kearah putting untuk merangsang aliran susu.

Pada masa sama wanita kerap menghadapi masalah puting terasa sakit dan pedih. Hal ini mungkin disebabkan beberapa perkara seperti :

· Belajar cara penyusuan yang betul. Pastikan puting dan bagian aerola masuk kedalam mulut bayi. Cara yang betul untuk menarik payudara dari pada bayi anda adalah dengan menekan dagu bayi perlahan-lahan supaya mulutnya terbuka. Kaedah ini dapat mengurangkan gesekan pada puting.
· Mulakan penyusuan dibelah payudara yang tidak sakit karena pada ketika ini daya sedutan dari mulut bayi anda lebih kuat.
· Tuam tuala panas disekeliling payudara sebelum memulakan penyusuan untuk merangsang pengeluaran susu.
· Sapukan sedikit susu pada payudara anda terutama di bagian aerola untuk melicinkan dan melegakan tisu.
· Sapukan krim jika perlu (selepas penyusuan).

Bila susu perlu di pam ? Menurut beberapa pakar hal ini boleh dilakukan dalam beberapa keadaan seperti bayi tidak cukup matang untuk menghisap susu atau memerlukan susu anda, contohnya : bayi yang lahir tidak cukup bulan; payudara menjadi bengkak dan ibu kembali bekerja.

Wanita yang hendak kembali bekerja disaran memerah susu dua minggu lebih awal untuk membiasakan bayi menerima susu dari botol. Pada suhu bilik, susu diperah boleh bertahan sehingga 8 jam dan 24 hingga 48 jam jika disimpan dalam peti sejuk bagian bawah.

Susu boleh tahan sehingga 3 bulan jika disimpan di bagian dingin beku (bagi peti sejuk dua pintu). Pastikan susu tidak diletakan di bagian pintu karena suhu berubah setiap kali pintu dibuka.

Ketika di tempat kerja, pam susu anda beberapa kali sehari mengikut keperluan. Lakukan juga pada waktu malam sebelum tidur supaya bayi anda mempunyai bekalan susu yang cukup ketika anda tiada di rumah atau bekerja.

Friday, May 30, 2014

Fadhilah dan Amalan 6 Surah Juz’ Amma – Part 2

Surah Ad-Dukhan

            Ad-Dukhan (berarti asap) adalah surah yang ke 44 dalam Al-Quran, mengandungi59 ayat.

            Hadith Rasulullah s.a.w yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka mengamalkan membaca surah Ad-Dukhan ini. Diantara hadith tersebut ialah:
  • “Sesiapa yang membaca Surah Ha Mim Ad-Dukhan setiap malam, maka pada esok harinya tujuh puluh ribu malaikat memohonkan keampunan baginya.” (HR At-Tirmizi) 
  • “Sesiapa yang membaca Surah Ad-Dukhan pada malam atau hari Jumaat, maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam surga. (HR At-Tabrani)
  • “Ha Mim” akan datang didepan setiap pintu nereka jahanam dan memohon kepaa Allah : Ya Allah! Janganlah Engkau masukkan (keadalam neraka ini) orang yang percaya kepadaku dan membacaku . (Al-Baihaqi) 

Surah Al-Waaqi’ah

            Surah Al-Waaqi’ah yaitu Surah yang ke 56 didalam Al-Quran. Al-Waaqi’ah berarti Hari Kiamat.

            Terdapat beberapa hadith Rasulullah s.a.w tentang fadhilah dan faedahnya. Diantarnya:
  • “Sesiapa yang membaca Surah Al-Waaqi’ah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya.” (HR Baihaqi)
Fadhilah Amalan Membaca Surah Al-Waaqi’ah
  • Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas tiap kali sholat. Asar sebanyak 14 kali, insya-Allah akan mudah mendapat rezeki. 
  • Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit insya-Allah ringanlah sakitnya. 
  • Jika dibacakan dihadapan orang yang sedang nazak, insya-Allah akan memudahkan sakaratulmautnya.
  • Jika dibacakan untuk ahli kubur, insya-Allah akan meringankan siksa kuburnya.

Surah Al-Mulk

            Surah Al-Mulk (berarti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke 67  didalam Al-Quran, mengandungi 30 ayat. Diantara fadhilatnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

  • “Sesungguhnya didalam Al-Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya yaitu Surah Al-Mulk.”
  • Daripada Jabi .r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim, Al-Sajdah dan Al-Mulk. (HR At-Tirmizi).
  • “Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur”. (HR An-Nasai)
  • “Anas r.a. pula meriwayatkan, sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr”. (HR Anas)



Thursday, May 29, 2014

Fadhilah dan Amalan 6 Surah Juz’ Amma – Part 1

Surah Al-Fatihah

            Surah Al-Fatihah digelarkan sebagai “Ummu-Quran”. Diantara doanya ialah untuk memohon pertolongan dan petunjuk Allah kepada jalan yang lurus (benar) dan bukan jalan yang menyesatkan.

            Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Membaca Al-Fatihah (Al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran”

  • Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuanl disamping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merusakkan. 
  • Setengah ulama menganjurkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas sholat Maghrib dan sholat Sunnah untuk memohon sesuatu yang baik. Insya-Allah hajat akan termakbul.
  • Dianjurkan juga amalah membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali. Insya-Allah dapat mengobati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain.

Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi (berarti Gua). Terdapat hadith Rasulullah s.a.w. yang menyatakan berbagai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang membaca Surah Al-Kahfi. Diantaranya ialah sabda baginda yang bermaksud:

  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan Baitullah. (Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said Al-Khudri)
  • Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
    • “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal” (HR Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tarmizi daripada Qatadah).
  •  Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’: Nabi s.a.w. bersabda:
    • “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah Al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (HR Muslim dan An-Nasai)

Surah Yaasiin

            Surah Yaasiin adalah “Hati” Al-Quran. Surah ini baik untuk dibaca sekurang-kurangnya tiap-tiap malam Jumaat, ketika berlaku kematian dan ketika memohon sesuatu hajat.

Adab Membaca Surah Yaasiin:
  • Dimulai dengan membaca Al-Fatihah
  • Membaca Salawat Nabi 11 kali
  • Membaca Surah Yaasiin. Jika berjamah, bacalah serentak bersama-sama dengan bacaan yang betul dan beradab
  • Setelah selesai bacalah Surah Al-Insyirah, Surah Al-Qadr, Surah Al-Fiil, Surah Al-Kafirun, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
  • Disudahi dengan doa membaca Surah Yaasiin.


Wednesday, May 28, 2014

Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Wanita Muslim

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang dimaksudnya :

“Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya.”

Sayidatina Aisyah bertanya “Mengapa wahai Rasulullah ?”

Jawab Rasulullah s.a.w.:

  • Karena perempuan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan berdosa
  • Mereka kurang akal dan kurang beragama, sering tertipu dengan pujukan lelaki dan syaitan
  • Mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan persekitaan
            Oleh itu wanita harus waspada terhadap sesuatu agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merugikan diri mereka sendiri. Mereka hendaklah sering bertakwa dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

            “Wanita apabila ia bersembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu surga yang ia kehendaki”. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik).

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

            “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga kembali ia dan menghulurkan tangan kepada suaminya (minta maaf). (Riwayat dari Hassan).

Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata:
           
            “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (istri) yang sholeh.’ (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

            “Mana-mana perempuan yang mamakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina”. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim).

            Sebaik-baik wanita itu adalah tinggal dirumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang penting. Wanita yang sering keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia”. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim).

            Diriwayatkan pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w. bersama-sama istri-istrinya (Ummu Salmah dan Maimunah) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh istr-istrinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salmah, “Bukankah orang itu tidak melihat kami, ya Rasulullah?”. Rasulullah menjawab: “Bukankah kamu dapat melihatnya?” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).




Monday, May 26, 2014

Kemuliaan Wanita terletak pada diri Wanita itu sendiri

Wanita adalah pengikut pada kaum lelaki, begitulah ajaran Islam menetapkannya. Wanita yang baik itu sanggup menjadi istri yang baik, ibu dan pekerja yang baik serta bertindak sebagai Srikandi Negara yang gigih.

            Banyak kisah wanita yang telah dicatatkan dalam sejarah tentang kejayaan, dan ketabahan mereka menghadapi cobaan yang berbagai-bagai dalam hidup sebagai wanita Islam. Banyak wanita yang berperanan besar di balik tabir peristiwa-peristiwa besar di dunia.

Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Wanita itu tiang Negara, jika baik kaum wanita sesebuah Negara itu, maka baiklah Negara itu.”

“Tangan yang menghayun buai itu boleh mengguncangkan dunia”.

            Tetapi kejayaan seseorang wanita itu harus dibawah pengawasan kaum lelaki. Firman Allah SWT yang bermaksud:

            “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dank arena mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita sholehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan.” (An-Nisa’: 34).

Firman Allah SWT yang bermaksud:

            “Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada wanita.” (Ali Imran: 14)


Kuasa yang tersembunyi dari seorang Wanita adalah:

Kecantikan Wanita

            Wanita yang cantik dan berperibadi mulia itu boleh melembutkan hati lelaki, kecantikan wanita itu boleh dijadikan kuasa menundukkan lelaki. Dengan mempergunakan kecantikkanya, wanita itu boleh melemahkan seorang lelaki. Oleh itu sebagai seorang wanita Islam, hendaklah mengetahui bahwa kecantikan itu bukanlah boleh dipergunakan sesuka hati hingga merusak orang lain dan diri sendiri.

            Wanita harus bersyukur dengan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT seseorang itu boleh mendamaikan suaminya dan boleh mempengaruhi suaminya ke jalan Allah.

            Wanita yang cantik itu sebenarnya wanita yang tahu menjaga maruah dan harga diri sebagai kaum wanita, wanita yang berdikari, wanita yang taat kepada hokum Allah dan senantiasa berjuang karena Allah SWT.

Layanan Wanita

            Wanita memang sikapnya suka melayani dan lelaki juga suka dilayani. Layanan yang baik dari seorang istri sudah tentu boleh melembutkan hati suami dan membuatkan kasih sayang yang padu.

            Layanan yang dimaksud adalah layanan fizikal, mental dan spiritual. Layanan yang mesra, dari seorang istri akan menambat hati suami yang mana cara ini boleh memperkukuhkan ikatan untuk kebahagiaan bersama.

Pujukan Wanita

            Wanita adalah dilahirkan dengan fitrah yang pandai memujuk, pujukan seorang wanita itu boleh mempengaruhi tindak tanduk lelaki. Jika seorang istri itu bijak berperanan akan dapat mempengaruhi suaminya, baik itu untuk melakukan kebaikan atau kejahatan.

            Sebagai wanita yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, akan dapat membimbing dan memujuk suaminya ke jalan yang diridhoi oleh Allah SWT.

            Dalam sejarah, bahwa Siti Khadijah, istri Rasulullah s.a.w. dalam usia yang lebih tua dari baginda, dia adalah sebagai pendorong yang kuat kepada Rasulullah s.a.w untuk menempuh berbagai ujian. Sewaktu Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu yang pertama, baginda pulang dengan keadaan menggigil ketakutan. Siti Khadijah yang menenangkan dan mengembalikan semangat baginda dengan kata-kata yang lemah lembut dan kata-kata peransang semangat.

            Begitulah berpengaruhnya seseorang wanita terhadap lelaki. Dunia akan selamat jika wanita dapat mendorong lelaki terutama suami mereka dengan iman dan takwa kepada Allah SWT.




Saturday, May 24, 2014

Kemuliaan Wanita sebagai Istri


            Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia taat kepada suaminya dan diridhoi. (Hendaknya ia juga menjaga sholat dan puasanya).

Dari Ibnu Mas’ud bersabda Rasulullah s.a.w.:

            “Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agamanya, maka Allah memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) karena dia memuliakan suaminya di dunia, maka mendapat pakaian dan bau-bauan surga untuk turun ke mahligai suaminya dan mendapatnya”.

  • Apabila wanita itu mati dalam keadaan suaminya ridho (tidak marah) padanya, niscaya dia masuk surga.
  • Apabila seorang wanita itu melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti ibunya melahirkannya.
  • Apabila wanita itu sakit untuk bersalin, maka Allah mencatatkan  baginya pahala bagi orang-orang yang berjihad ke jalan Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

  • “Ya Fatimah, jika wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia (wanita) sungai surga serta diiringi Allah baginya (wanita) sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi taman dari taman-taman surga serta mencatatkan Allah baginya (wanita) kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi siratul mustaqim.
  • Surga itu dibawah tapak kaki ibu. 
  • Wanita yang tinggal didalam rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku didalam surga. (Boleh keluar rumah karena urusan yang perlu tanpa mengabaikan anak-anak).
  
Adab bergaul dengan Suami

  • Memakai bau-bauan yang harum ketika bersama suami.
  • Berhias dan membersihkan diri untuk suami. 
  • Sunah berwudhu sebelum mengadakan hubungan badan bersama dengan suami. Hendaklah disertai dengan niat agar anda, suami istri, mendapat anak yang sholeh. Sunnah juga berwudhu selepas mengadakan hubungan badan dengan suami. Bacalah doa: “Dengan nama Allah, jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan daripada kurniaan yang Engkau berikan kepada kami” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Sunnah bersenda gurau sehingga timbul keserasian dan kasih sayang, supaya jimak dilakukan dengan penuh kepuasan, agar dapat mendapat anak yang cerdik.
  • Haram mengadakan hubungan badan ketika istri berada dalam haid dan nifas.
  • Elakkan daripada memandang kemaluan antara satu dengan yang lain. 
  • Jauhkan daripada menghadap kiblat.
  • Makruh mengadakan hubungan badan ketika perut terlalu lapar atau terlalu kenyang.
  • Sunnah mengadakan hubungan badan menutup badan dengan kain selimut. Elakkan daripada menutup seluruh badan.




Wednesday, May 21, 2014

Tanggung Jawab Wanita sebagai Istri yang Sholehah

Berat dan rumitnya tanggung jawab sebagai istri. Allah menjanjikan ganjaran dan pahala yang besar. Wanita juga berpeluang masuk surga melalui mana-mana pintu yang disukainya, malah untuk surga yang tertinggi. Tugas dan tanggung jawab istri terhadap suami itu tidak begitu membebankan jika seorang istri itu ridho dan ikhlas menjalankan tugas sebagai istri.


Taat kepada Suami

            Wajib bagi istri mentaati suaminya dalam segala hal yang tidak bertentangan dengan Islam.

Amanah terhadap Suami

            Jangan mengkhianati suami jika suaminya tidak ada di rumah, ini termasuklah seorang istri yang diamanahkan untuk menaga dirinya dan harta suaminya.

            Menjaga amanah suami yaitu tidak memburuk-burukkan suaminya, dengan menceritakan kelemahannya kepada orang lain. Menjaga harta suaminya, yaitu tidak menyerahkan dan menjualnya kepada orang lain tanpa izin suaminya.

Beradab dengan Suami

            Seorang istri hendaklah memelihara dirinya dari perilaku yang tidak baik, dia hendaklah berlaku sopan bila berhadapan dengan suaminya. Tidak meninggikan diri, bermuka masam. Seorang istri yang sholeh hendaklah mendengar percakapan suaminya dengan baik. Jangan suka membantah. Senantiasa berwajah manis bila berhadapan dengan suaminya.

Memuliakan Suami

            Menghormati suami, dengan mendahulukan kepentingan suami dari anak-anak melainkan jika mendapat keizinannya. Memuliakan ibu dan bapak dan keluarga suami.

Memelihara maruah dan harga diri Suami

            Jangan membuka rahasia dan menceritakan kelemahan suami anda kepada orang lain, walaupun dengan orang yang paling dekat dengan kita.      Seorang istri yang sholehah hendaklah memelihara kehormatan diri dan anak-anak ketika suami tidak ada dirumah.

Istri hendaklah mengurus rumah tangga

            Seorang istri itu harus menjaga rumah tangganya, supaya kelihatan bersih dan teratur, cara ini boleh menambat hati suami.  Bilik tidur hendaklah dihiasi dengan selera suami serta dijaga dengan rapi karena itu adalah aurat suami. Mencuci pakain dan menjahitnya jika boleh adalah mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Menenangkan hati Suami

            Istri adalah penghibur utama bagi suami, seorang istri yang sholeh adalah istri yang dapat menenangkan hati suami bila ia berada dalam kesusahan dan masalah, bersimpatilah dengan masalah yang dihadapi oleh suami. Istri hendaklah mendoakan suami setiap kali selepas menunaikan sholat.

Menghiburkan Suami

            Seorang istri itu adalah penghibur utama bagi suaminya. Istri berhak mendapat layanan yang baik dan mesra. Berhias diri karena suami dan senantiasa berada dalam keadaan bersih dan cantik bila berhadapan dengan suami.

Minta izin dari Suami

            Mintalah izin dari suami jika ingin melakukan sesuatu, begitu juga jika anda hendak keluar rumah, terlebih dulu minta izin dari suami. Jika suami telah membenarkan anda melakukan perkara yang baik (bekerja), tidaklah perlu minta izin jika suami anda tidak ada dirumah.

Sedia berkhidmat untuk Suami

            Jika suami anda minta khidmat anda, anda tidak boleh menolak permintaannya yang diumpamakan oleh Rasulullah s.a.w., walaupun anda berada dibelakang unta. Cara ini adalah untuk mengelakkan dari suami anda melakukan maksiat diluar rumah. Anda sebagai istri akan beroleh rahmat dari khidmat anda sebagai seorang istri.

Bersyukur dengan Suami

            Anda seharusnya tidak memandang remeh dengan pemberian suami, walaupun tidak seberapa, karena rezeki yang diberi Allah kepada suami anda adalah rezeki anda juga.

            Setiap istri hendaklah bersabar dan bersyukur dengan kemampuan suami walaupun sedikit, anda tidak boleh membanding-bandingkan suami anda dengan suami orang lain.

            Anda hendaklah membesar-besarkan pemberikan dan kebaikkan suami anda. Anda hendaklah berasa cukup dengan pemberian yang sedikit. Istri yang sholehah adalah istri yang tidak meminta-minta walaupun dia tahu apa yang ada pada suaminya itu adalah haknya.

Istri sebagai pembantu Suami

            Setiap istri hendaklah melakukan tanggung jawab terhadap suami dengan niat bersih, cara ini dapat menguatkan suami beribadah dan mendapat keridhoan Allah SWT. Berilah perangsang pada suami untuk mematuhi perintah Allah. Sentiasa menasihati suami jika ia melakukan dosa. Jangan membebankan suami dengan masalah yang remeh, sedia berkorban untuk suami karena mencari ridho Allah SWT.




Tuesday, May 20, 2014

Empat golongan Wanita yang berada didalam Surga


  1. Wanita yang menjaga dirinya dari berbuat haram
  1. Wanita yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang, maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak padanya. 
  1. Wanita yang ramai keturunan lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.
  1. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kawin, risau putra dan putrinya akan tersia-sia. (Jika ada jaminan anak-anaknya tidak disia-siakan, boleh dia berkawin).
  
Empat golongan Wanita yang berada didalam Neraka

  1. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.
  1. Wanita yang kotor mulutnya terhadap suaminya, tidak menjaga diri, jika suaminya datang ia akan memakinya.
  1. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup, kecuali makan, minum dan tidur dan dia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan Rasul dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya.
  1. Wanita tidak menutup dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan memperlihatkan kecantikan untuk menarik kaum lelaki.
  
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Wanita yang menyakiti hati suami pada hari kiamat nanti, Allah akan menjadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya”.


Beberapa sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Wanita

  • Kebanyakan ahli neraka adalah kaum wanita. Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian?”. Adakah karena mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?”. Tidak, mereka ini adalah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya diantara kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

  • Suatu hari Rasulullah s.a.w datang melawat anaknya Fatimah dan didapatinya anaknya itu sedang menangis. Maka Rasulullah s.a.w. bertanya : “Apakah yang membuat engkau menangis wahai Fatimah?”. Fatimah menjawab, “Wahai ayahku, aku menangis disebabkan keletihan yang tidak terkira karena mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayah menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, ia akan menjadi pemberian yang besar bagiku”.


            Terdengar kata-kata itu hati Rasulullah s.a.w terguris, hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran dengan alat pengisar, kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan Bismillah.

            Ketika Rasulullah s.a.w memasukkan gandum tersebut kedalam alat pengisar, maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya, sambil alat itu memuji Allah dengan bahasa amat indah dan suara yang amat merdu, sehingga semuanya dikisar. Lalu baginda pun berkata, “Berhentilah kamu wahai pengisar”.

            Ketika itu Allah menjadikan alat itu dapat berkata-kata : “Demi Allah yang menghantarmu dengan kebenaran, sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti selagi engkau tidak memberi jaminan daripada Allah, untuk menempatkan aku didalam surga dan menjauhkan aku dari api neraka”.

            Bersabda Rasulullah s.a.w., “Kamu adalah batu namun kamu takut pada api neraka”. “Alat pengisar itu menjawab, “Wahai Rasulullah, aku terdengar kata-kata dari Al-Quran : “Wahai orang yang beriman, jauhkanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka dan pembakarnya terdiri dari manusia dan batu-batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, tidak menderhakai apa yang di perintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

            Maka Rasulullah s.a.w. mendoakan atas keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibril a.s. dan  berkata :”Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segaja pujian dan yang Maha Tinggi, mengirim salam dan pernghormatan kepada engkau. Beritahu batu itu berita gembira bahwa Allah telah menganugerahkan pada batu ini keselamatan dari api nereka dan meletakkan diantara batu-batu surga di dalam mahligai Fatimah dimana ia akan bercahaya bagaikan matahari dialam ini:.

            Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah, beliau bersabda :

            “Wahai Fatimah, sekiranya begitu kehendak Allah, pengisar itu akan bekerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darjatmu karena tanggung jawabmu yang berat itu.”

            “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak parit itu sejauh langit dan bumi.”

            “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah mencatatkan untuknya perbuatan baik, sebanyak utas benang yang dibuatnya, dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

            “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah akan menentukan satu tempat khas untuknya diatas takhta dihari akhirat.”

            “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang kemudian dibuat pakaian anak-anak maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran, seperti orang yang memberi makan seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.”

            “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikat, mencuci pakaian mereka, dan mencuci akan diri anaknya, Allah akan mencatatkan untuknya perkara baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri dimata orang ramai.”
(Riwayat Abu Hurairah)