Monday, June 27, 2011

KEDUDUKAN WANITA DI DALAM ISLAM


Wanita Di Dalam Ajaran Islam

Pergerakan Pembebasan Wanita di barat adalah hasil dari ketidak puasan yang tidak kunjung padam, masalah-masalah keuangan, moral dan ketidak selamatan diri serta ketidak wujudan cara hidup yang diwahyukan. Pergerakan-pergerakan seperti ini adalah tidak diperlukan dan sama sekali tidak sesuai didalam masyarakat Islam. Empat belas kurun yang lalu, Islam telah mengistiharkan bahwa kaun lelaki dan wanita berkongsi tanggung jawab untuk menjadi hamba-hamba Allah SWT yang ikhlas dan luhur dan kerananya meraka akan diganjari oleh Allah SWT untuk amalan-amalan mereka. Di dalam Islam, kaum wanita menikmati kedudukan yang terhormat dan mulia dimana didalam arti kata yang sebenarnya lebih tinggi dari kedudukan kaum lelaki itu sendiri. Islam telah menggariskan undang-undang dan peraturan untuk kaum wanita tidak kira sama ada mereka seorang ibu, anak atau saudara perempuan ataupun seorang istri. Terdapat tanggung jawab dan tugas seorang lelaki terhadap wanita dan seorang wanita terhadap seorang lelaki.

Berlainan dengan agama-agama lain didunia, Islam telah menghapuskan simbol-simbol ketidaksempurnaan yang telah diberikan kepada kaum wanita (i.e. sebagai pemuas hawa nafsu dan pelahir zuriat saja). Kaum wanita dan lelaki menurut ajaran Islam adalah berasal dari unsur yang sama. Sekiranya kaum lelaki mempunyai dorongan untuk menjadi mulia, maka kaum wanita juga memiliki kekuatan yang sama.

Wanita telah diistiharkan oleh Rasulullah SAW sebagai kembar bagi kaum lelaki, Baginda SAW telah memberikan penghormatan untuk wanita itu sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang sholehah (Muslim).

Baginda SAW telah menyuruh pengikut-pengikutnya supaya berperi kemanusiaan terhadap kaum wanita. Ini dapat dilihat melalui sabdanya yang berikut : Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap istrinya (At-Tirmidzi).

Seorang muslim janganlah membenci istrinya sekiranya ia tidak ber puas hati dengan sifat buruk istrinya, maka hendaklah dia berpuas hati dengan sifat yang baik yang wujud pada diri si istri tersebut. Kita mesti melihat kepada bagian yang cerah pada sekeping gambar, bukannya yang gelap lantaran manusia itu tidak bebas dari sebarang kelemahan.

Seorang istri yang beriman itu juga tidak bebas dari sebarang keburukan. Sehubungan dengan ini Allah SWT telah berfirman maksudnya : Dan gaulilah mereka dengan sepatutnya. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (An-Nissa 19).

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Barangsaiapa yang berusaha untuk membantu seorang janda ataupun orang yang miskin adalah seperti seorang Mujadid di jalan Allah ataupun seumpama seseorang yang berdiri malam beribadat dan berpuasa disiang hari (Al-Bukhary).

Didalam Islam seorang janda itu dibenarkan untuk berkahwin lagi dan barangsiapa yang menguruskan hal-ehwal seorang janda, memperolehi ganjaran yang sama seperti seorang yang berjuang dijalan Allah ataupun seorang yang beribadat diwaktu malam dan berpuasa disiang hari.

Sahl bin Sa’ed meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Aku dan barangsiapa yang memelihara anak yatim adalah seumpama ini (maka beliau telah menunjuk kepada jarak antara jari tengah dan jari kelingkingnya) (Al-Bukhary).

Oleh itu ganjaran memelihara anak yatim adalah amat besar yaitu bersama-sama dengan Rasulullah SAW didalam syurga.

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Berlaku baiklah terhadap kaum wanita , lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya, ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu (Al-Bukhary dan Muslim).

Diciptakan dari tulang rusuk adalah pernyataan metafora (kiasan) yang menerangkan akan kedegilan dimana secara amnya ia wujud didalam pembawaan seorang wanita itu. Ini adalah disebabkan oleh fisikal dan binaan psikologi mereka dan tanggung jawab yang diserahkan kepada mereka. Wanita adalah secara fizikalnya lebih lemah dari kaum lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengkaruniakan kepada mereka dua cirri yaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka.

Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan dan Islam telah memberikan perhatian terhadapnya dan mendorong umat Islam supaya melayani kaum wanita secara baik serta bertimbang rasa terhadap pembawaan mereka. Tulang rusuk, didalam penciptaannya adalah bengkok dan memainkan peranan untuk maksud apa ia diciptakan. Begitu juga keadaannya dengan kaum wanita, dimana mereka telah dicipta dengan ciri-ciri fizikal dan fikiran yang ketara. Dia juga berkemampuan untuk melaksanakan tugasnya didalam keadaan yang sebegini umpamanya untuk melakukan kerja yang menyukakan kaum lelaki ataupun tugas yang sesuai dengan pembawaan suaminya walaupun didalam keadaan yang tertentu. Kaum lelaki sudah sepatutnya bertimbang rasa dengan mereka dan menghormati perasaan mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Wahai anak muda ! Barangsiapa diantara kamu yang boleh menanggung seorang istri hendaklah dia berkawin, karena dengan itu ia akan menjaga matanya dan menghalanginya dari perbuatan yang tidak berakhlak, tetapi mereka yang tidak berkeupayaan untuk berkawin maka hendaklah dia berpuasa karena dengannya nafsunya akan terkawal. (Muslim).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Apabila seorang lelaki itu telah berumah tangga, maka ia telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya dan sebahagian yang lahir akan disempurnakan oleh ketakwaan (Baihaqi).

Kemaluan dan perut adalah dua pintu utama dosa-dosa. Kemaluan dikawal oleh perkawinan yang sah dan perut pula dikawal oleh punca rezeki yang halal. Oleh itu Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : Perkara yang unggul akan menyebabkan kerosakan keatasnya adalah perutnya, oleh itu jika ada diantara kamu yang berupaya untuk makan dari sumber makanan yang halal maka perbuatlah yang sedemikian itu (Al-Bukhary).

Juga sabda Bagidan SAW yang bermaksud : Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu (An-Nasaaei).

Ini bermakna bahwa untuk memasuki syurga, seseorang itu mestilah menyukakan ibunya dengan berlaku taat, rendah diri, bertanggung jawab dan berakhlak mulia. Wanita di dalam Islam adalah sumber kebajikan. Di dalam Islam, ibu pembuka pintu syurga. Islam sama sekali menentang aliran kewanitaan di barat yang mengandungi banyak kelemahan. Nilai sebenar seorang wanita itu adalah tidak terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk menonjolkan kecantikan TETAPI hakikat yang sebenarnya adalah terletak didalam kesopanan, rasa malu dan keterbatasan di dalam pergaulan. Terdapat ciri-ciri yang unggul seumpama perisai melindungi kehormatan dan kemuliaan mereka. Kemajuan adalah satu ukuran palsu yang dipakai wanita dibarat, dimana kesucian seorang gadis dipersenda-sendakan.

No comments: