Thursday, May 29, 2014

Fadhilah dan Amalan 6 Surah Juz’ Amma – Part 1

Surah Al-Fatihah

            Surah Al-Fatihah digelarkan sebagai “Ummu-Quran”. Diantara doanya ialah untuk memohon pertolongan dan petunjuk Allah kepada jalan yang lurus (benar) dan bukan jalan yang menyesatkan.

            Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Membaca Al-Fatihah (Al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran”

  • Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuanl disamping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merusakkan. 
  • Setengah ulama menganjurkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas sholat Maghrib dan sholat Sunnah untuk memohon sesuatu yang baik. Insya-Allah hajat akan termakbul.
  • Dianjurkan juga amalah membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali. Insya-Allah dapat mengobati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain.

Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi (berarti Gua). Terdapat hadith Rasulullah s.a.w. yang menyatakan berbagai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang membaca Surah Al-Kahfi. Diantaranya ialah sabda baginda yang bermaksud:

  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan Baitullah. (Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said Al-Khudri)
  • Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
    • “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal” (HR Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tarmizi daripada Qatadah).
  •  Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’: Nabi s.a.w. bersabda:
    • “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah Al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (HR Muslim dan An-Nasai)

Surah Yaasiin

            Surah Yaasiin adalah “Hati” Al-Quran. Surah ini baik untuk dibaca sekurang-kurangnya tiap-tiap malam Jumaat, ketika berlaku kematian dan ketika memohon sesuatu hajat.

Adab Membaca Surah Yaasiin:
  • Dimulai dengan membaca Al-Fatihah
  • Membaca Salawat Nabi 11 kali
  • Membaca Surah Yaasiin. Jika berjamah, bacalah serentak bersama-sama dengan bacaan yang betul dan beradab
  • Setelah selesai bacalah Surah Al-Insyirah, Surah Al-Qadr, Surah Al-Fiil, Surah Al-Kafirun, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
  • Disudahi dengan doa membaca Surah Yaasiin.


No comments: