Friday, May 30, 2014

Fadhilah dan Amalan 6 Surah Juz’ Amma – Part 2

Surah Ad-Dukhan

            Ad-Dukhan (berarti asap) adalah surah yang ke 44 dalam Al-Quran, mengandungi59 ayat.

            Hadith Rasulullah s.a.w yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka mengamalkan membaca surah Ad-Dukhan ini. Diantara hadith tersebut ialah:
  • “Sesiapa yang membaca Surah Ha Mim Ad-Dukhan setiap malam, maka pada esok harinya tujuh puluh ribu malaikat memohonkan keampunan baginya.” (HR At-Tirmizi) 
  • “Sesiapa yang membaca Surah Ad-Dukhan pada malam atau hari Jumaat, maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam surga. (HR At-Tabrani)
  • “Ha Mim” akan datang didepan setiap pintu nereka jahanam dan memohon kepaa Allah : Ya Allah! Janganlah Engkau masukkan (keadalam neraka ini) orang yang percaya kepadaku dan membacaku . (Al-Baihaqi) 

Surah Al-Waaqi’ah

            Surah Al-Waaqi’ah yaitu Surah yang ke 56 didalam Al-Quran. Al-Waaqi’ah berarti Hari Kiamat.

            Terdapat beberapa hadith Rasulullah s.a.w tentang fadhilah dan faedahnya. Diantarnya:
  • “Sesiapa yang membaca Surah Al-Waaqi’ah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya.” (HR Baihaqi)
Fadhilah Amalan Membaca Surah Al-Waaqi’ah
  • Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas tiap kali sholat. Asar sebanyak 14 kali, insya-Allah akan mudah mendapat rezeki. 
  • Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit insya-Allah ringanlah sakitnya. 
  • Jika dibacakan dihadapan orang yang sedang nazak, insya-Allah akan memudahkan sakaratulmautnya.
  • Jika dibacakan untuk ahli kubur, insya-Allah akan meringankan siksa kuburnya.

Surah Al-Mulk

            Surah Al-Mulk (berarti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke 67  didalam Al-Quran, mengandungi 30 ayat. Diantara fadhilatnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

  • “Sesungguhnya didalam Al-Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya yaitu Surah Al-Mulk.”
  • Daripada Jabi .r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim, Al-Sajdah dan Al-Mulk. (HR At-Tirmizi).
  • “Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur”. (HR An-Nasai)
  • “Anas r.a. pula meriwayatkan, sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr”. (HR Anas)



No comments: