Saturday, August 28, 2010

PERKARA WAJIB IMAM DALAM SHOLAT

Imam mempunyai beberapa kewajiban sebelum sholat, ketika membaca bacaan sholat, ketika melakukan rukun sholat serta sesudah memberi salam.

Kewajiban Imam sebelum sholat terbagi pada 6 perkara yaitu :

  1. Jangan menjadi Imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai oleh mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebik baik untuk menjadi Imam. Tetapi, perbuatan menolak jadi Imam itu adalah Makruh.
  2. Imam perlu menjaga waktu sholatnya, jadi hendaklah dia sholat dipermulaan waktu supaya memperolehi keredhaan Allah SWT. Imam tidak perlu menunggu sehingga banyak orang yang datang untuk sholat berjamaah, tetapi hendaklah segera bersholat pada permulaan waktu.
  3. Ketika hendak jadi Imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas karena Allah SWT serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Allah, baik dari segi bersuci serta segala syarat sholatnya.
  4. Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya Imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya,
  5. Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, baik itu takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi Makmum, jangan menguatkan suara, melainkan cukup untuk didengar oleh dirinya sendiri.
  6. Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi Imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi Imam, sekiranya sudah mencukupi syarat-syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak baik hanya seorang saja memikul tugas itu.

Tugas Imam ketika mengucapkan bacaan sholat terbagi kepada 3 perkara yaitu :

  1. Imam tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa Iftitah dan ta’awwudz, cukup melakukan seperti seorang yang sedang sholat sendirian. Tetapi ketika membaca Al-Fatihah dan surah lain selepas itu, seperti pada sholat Subuh, dua rakaat pertama pada sholat Maghrib dan Isyak, Imam hendaklah menguatkan suaranya, walaupun sholat sendirian.
  2. Ketika berdiri, Imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) yaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa Iftitah. Selepas selesai membaca Al-Fatihah dan selepas membaca surah Al-Fatihah sebelum rukuk.
  3. Imam hendaklah meringankan amalan sholatnya yaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjamaah dengan ramai makmum.

Kewajiban Imam berkaitan dengan rukun sholat juga terbagi kepada tiga perkara yaitu :

  1. Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi bacaan tasbihnya sebaiknya tidak lebih dari tiga kali.
  2. Makmum tidak boleh mendahului Imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, Makmum tidak boleh turun untuk sujud melainkan Imam sudah benar-benar meletakkan dahinya ke tempat sujud.
  3. Imam janganlah menambah doa tasyahud lebih daripada kadar tasyahud yang diperlukan. Imam juga jangan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa, tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan jemaah seperti ‘kita’ atau ‘kami’.

Kewajiban Imam untuk bertahallul yaitu menyelesaikan dan setelah selesainya sholat ada tiga perkara yaitu :

  1. Hendaklah Imam berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada Malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.
  2. Hendaklah Imam duduk secara tetap ditempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersholat jemaah dibelakangnya. Janganlah berdiri dulu sebelum mereka berlalu.
  3. Jika duduk selepas selesai sholat, hendaklah menghadapkan mukanya kearah para jemaah sholat.

No comments: