Tuesday, August 31, 2010

FADHILAH SURAH AN-NAS dan SURAH AL-FALAQ

Dua surah penyembuh sihir dan berguna ketika sesat jalan

Surah Al-Muawwizatain adalah dua surah yang pada awalnya menggunakan lafaz (Katakanlah aku memohon perlindungan). Dua surah dimaksud adalah surah An-Nas dan surah Al-Falaq, yang memiliki berbagai khasiat.

Surah An-Nas bermaksud : “Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai manusia. Raja (yang mengatur manusia), Tuhan (yang disembah) manusia, dari kejahatan syaitan yang menggoda manusia, yaitu yang berupa jin dan manusia.

Surah Al-Falaq bermaksud : “Katakanlah saya memohon perlindungan kepada Tuhan Penguasa (waktu Subuh), dari makhluk-Nya yang berbuat jahat dan dari kejahatan gelap-gulita diwaktu malam, dan dari kejahatan ahli sihir (wanita) ketika berdaya upaya menghembuskan buhulnya (simpulan manteranya) dan dari kejahatan orang yang dengki ketika berdaya upaya.”

Berkaitan dengan dua surah itu, ada beberapa hadis yang menyatakan mengenai keutamaan dan khasiatnya.

Antara hadis bermaksud : “Dari Abi Sa’ad ia berkata, “Bahawa Rasulullah SAW selalu memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada syaitan, jin dan manusia sehingga turunnya dua surah Mu’awwizatain, kemudian Rasulullah SAW menggunakan kedua-duanya dan meninggalkan yang lainnya.” (Riwayat Tirmizi dan Al-Nasai).

Hadis lain bermaksud : “Dari Ibnu Abbas r.a. bahwasanya Nabi Muhammad SAW bersabda : “Ingatlah, saya ajarkan kepada kamu mengenai Ta’awwuz yang paling ampuh! Ibnu Abbas r.a. menjawab, “Baik, beliau menunjukkan yaitu Qul A’uzu Bi Rabbil …” (Riwayat Imam Ahmad).

Mengikut pengalaman sahabat Rasulullah SAW, tabiin dan ulama al-soleh, dua surah ini mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya :

  • Surah itu dapat menyembuhkan orang yang disengat kala yaitu dengan cara dibacakan pada air garam kemudian disapukan atau digosok pada anggota yang disengat, maka dengan izin Allah SWT, ia pasti akan sembuh. Perkara sedemikian sesuai dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Ali bin Abi Thalib r.a. ketika Nabi Muhammad SAW digigit kala.
  • Kedua-dua surah itu boleh menyembuhkan orang yang terkena sihir atau santau. Caranya adalah dengan membaca sebanyak 41 kali dalam tempoh tiga, lima atau tujuh hari berturut-turut. Insya Allah dengan izin-Nya sihir itu akan segera hilang dan sembuh, dengan syarat diamalkan dengan sepenuh keyakinan.
  • Apabila Surah Al-Mu’awwizatain dibaca 100 kali maka pasti akan selamat dan boleh melahirkan keberanian yang luar biasa didalam hati. Dengan izin Allah, ia juga akan dapat menghindarkan sebarang kezaliman yang dilakukan oleh manusia dan jin, penguasa dan juga dapat membangkitkan keberanian dimalam yang sangat gelap.
  • Dua surah itu juga dapat dijadikan petunjuk apabila seseorang tersesat jalan ketika didalam perjalanan. Caranya dengan membaca kedua-dua surah itu ketika sesat berterusan terutama didalam keadaan gelap gulita.
  • Surah Mu’awwizatain jika dibaca diwaktu petang selepas sholat Asar dan diwaktu pagi selepas sholat Subuh sebanyak tiga kali kemudian ditambahkan dengan Surah Al-Ikhlas, Insya Allah ia akan mencukupi segala keperluannya.

Ayat Satu yaitu ayat ke 15 adalah Surah Al-Syura boleh menjadi pendinding daripada kejahatan musuh dan orang zalim. Ayat itu mengandungi dua khasiat yaitu :

  • Apabila dibaca setiap kali selepas sholat fardu dengan membayangkan kehadiran lawan yang zalim dalam urusan mahkamah dan meyakinkan hati untuk memohon perlindungan kepada Allah, maka dengan izin Allah ia akan dapat menghindari sebarang tipu muslihat dan ia pasti menang dalam keputusan mahkamah. Insya Allah.
  • Apabila sedang berhadapan dengan musuh, orang yang zalim atau ditakuti atau binatang buas, Ayat Satu hendaklah dibaca sekali. Insya Allah akan terhindar daripada sebarang bahaya dan kejahatan.

Ayat Satu bermaksud : “Allah SWT adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami adalah amalan-amalan kami dan bagi kamu adalah amalan-amalan kamu, tiada sebarang pertengkaran antara kami dan kamu, Allah SWT menghimpunkan antara kita dan kepada-Nya kita kembali.


No comments: