Sunday, June 15, 2014

Apa itu Katarak ?


            Katarak adalah keadaan dimana kanta atau lensa mata bertukar daripada jernih kepada kabur.

            Penglihatan anda menjadi kabur disebabkan oleh cahaya tidak dapat melalui kanta atau lensa yang telah lagap atau buram untuk kebagian belakang mata (retina).

Punca atau Penyebab Katarak
  • Peningkatan usia
  • Kecederaan mata
  • Pemakaian obat-obatan atau dadah (steroid)
  • Terdedah kepada radang mata berkepanjangan
  • Penyakit keturunan (kelahiran tidak cukup bulan)
  • Kecacatan sewaktu dilahirkan.
 Tanda-tanda dan Simptom
  • Penglihatan yang kurang jelas dan kabur
  • Melihat gambar berganda
  • Kesukaran membaca perkataan yang kecil
  • Sensitive kepada cahaya yang terang atau berkilau
  • Penglihatan malam yang tidak baik
  • Warna kelihatan tidak terang (tidak seterang seperti sebelum ini dan kelihatan lebih kekuningan)

Bagaimana mengesan atau mendeteksi katarak?
  • Ujian ketepatan penglihatan
  • Ujian pengembangan anak mata
  • Tonometri
 Cara Rawatan
  • Menggunakan cermin mata atau kaca mata, kanta atau cermin pembesar
  • Pembedahan
 Adakah pembedahan katarak berkesan atau efektif?

            Pembedahan katarak merupakan satu cara pembedahan yang paling selamat dan efektif. Didalam 90% kasus, penghidap katarak yang telah melalui pembedahan memperolehi penglihatan yang lebih baik. Apabila katarak (yaitu kanta atau lensa asli) telah dikeluarkan, satu implant kanta/lensa tiruan dimasukkan. Didalam kebanyakan pembedahan, kanta/lensa yang dikeluarkan akan diganti dengan kanta/lensa intraocular (IOL). Ia merupakan lensa tiruan yang tidak memerlukan penjagaan atau perawatan yang khusus dan lensa ini akan menjadi kanta/lensa kekal bagi mata anda.

Setelah pembedahan

            Penglihatan anda akan bertambah baik dalam waktu beberapa hari walaupun tempoh waktu penyembuhan mengambil waktu beberapa bulan.

Hal-hal yang perlu diperhatikan setelah pembedahan mata

  • Hindari daripada menggosok, memijat atau menekap mata anda. Senantiasa memakai pelindung mata apabila tidur.
  • Hindari dari melakukan aktivitas besar seperti mengangkat benda-benda berat dan membungkukan badan.
  • Jika masih terdapat banyak lelehan yang keluar dari mata, bersihkan dengan menggunakan kapas, dan hindari daripada sebarang tekanan terhadap mata.
  • Ubat mata akan diberikan untuk mata anda. Ikuti aturan pemakaian dan dapatkan bekalan ubat baru jika kehabisan.
  • Anda boleh menonton TV dan membaca seperti biasa.
  • Anda boleh melakukan aktivitas diluar rumah, seperti mengendarai kendaraan atau sekedar berjalan-jalan.
  • Lindungi mata anda daripada cahaya yang terang dengan kaca mata hitam.
  • Membasuh rambut anda secara kebelakang, selama 2 minggu selepas pembedahan.
  • Jika terasa sakit, anda perlu segera berjumpa semula dengan dokter mata.
 Jika ada telah berumur 60 tahun keatas, anda seharusnya melakukan pemeriksaan mata dengan anak mata dikembangkan setiap 2 tahun sekali.






No comments: