Thursday, June 19, 2014

Tips-Tips sebelum pergi bercuti

             Melakukan kajian kecil sebelum bercuti adalah hal yang penting yang kerap dilupakan. Dengan mencari sedikit maklumat mengenai destinasi yang bakal dikunjungi, kita sebenarnya dapat mengetahui dan bersedia untuk menghadapi beberapa perkara sebelum kesana. Hal ini juga bagi mengelak masalah yang akan dihadapi ketika bercuti terutama di luar Negara.

            Bagaimanapun, banyak yang keliru mengenai keperluan sebelum berangkat. Justru itu, ada beberapa penting yang wajib diketahui sebelum pergi bercuti. Hal ini mungkin membantu sekaligus menjadikan percutian anda berjalan lancar.

         Ketahui sebanyak mungkin destinasi yang akan dikunjungi terutama tempat menarik disana. Dengan itu, anda dapat menentukan tempat yang akan dilawati ketika sudah berada disana.

         Mengetahui keadaan cuaca di tempat yang akan dikunjungi adalah sangat penting. Dengan mengetahui keadaan cuacanya, anda boleh merancang perjalanan yang sesuai terutama mengenai pakaian yang sesuai terutama mengenai pakaian selain ubat-ubatan yang perlu dibawa dan disediakan.

            Adalah lebih baik juga anda cari tahu keadaan sosial politik tempat yang dituju. Hal ini bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah atau terjebak dengan keadaan yang tidak diinginkan.

            Pastikan passport anda masih sah laku dan lebih daripada enam bulan. Ini karena ada beberapa Negara yang tidak mengizinkan pelawat/pelancong memasuki negaranya jika tarikh luput passport tinggal enam bulan.

       Selain passport, anda perlu mengetahui apakah visa diperlukan atau tidak untuk memasuki Negara yang akan dituju.

            Pastikan semua dokumen yang diperlukan sepanjang percutian anda. Hal ini penting bagi memastikan percutian anda aman tanpa masalah.

        Cari maklumat pengenai penyambung plug yang digunakan dinegara yang akan dikunjungi. Beberapa Negara, plug yang digunakan adalah berbeda. Dengan maklumat tersebut, anda boleh bersedia dengan membawa penyambung plug antar bangsa.

            Jika bercuti atau melancong seorang diri atau dalam group, tetapi tidak menggunakan perkhidmatan tourist guide, cari maklumat mengenai biaya pengangkutan awam tempatan. Dengan itu anda dapat merencanakan biaya perjalanan dengan baik. Jangan lupa dengan pemberian tip yang biasa diberikan di negara yang dituju.

            Mengetahui nilai tukar uang asing adalah penting. Hal ini bagi membolehkan anda merancang perbelanjaan sepanjang percutian.

            Satu hal yang penting juga adalah anda perlu mengetahui hari-hari libur atau cuti umum ditempat yang dituju.










No comments: