Tuesday, October 5, 2010

TANDA TUBUH KEKURANGAN AIR


Mengantuk, letih waktu siang, pernafasan pendek, sakit perut, kebas dan risau adalah antara sebab tanda tubuh kekurangan air.

Antara saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan permakanan adalah minum banyak air yaitu sekurang-kurangnya 8 (delapan) hingga 10 (sepuluh) gelas atau 2 liter sehari untuk mengekalkan dan meningkatkan kesehatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah karena hal ini bermakna kita akan kerap berulang alik ke tandas atau bilik air, terutama bagi orang telah berumur dan hal ini sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang yang bimbang mengalami masalah kesehatan tertentu jika kerap atau sering buang air kecil. Pada kebiasannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat (4) jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah hal biasa dan normal bagi individu atau seseorang yang sehat yang meminum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 mililiter air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal adalah 400 mililiter. Yang tidak normal adalah jika anda kerap atau sering bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang hari adalah baik karena hal ini adalah proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari dikatakan dapat mengurangkan resiko kanker usus sebanyak 45%, kanker payudara 79% dan kanker pundi kencing 50%.

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak banyak yang sanggup berulang-alik ke tandas. Mereka bukan saja minum air sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47%), makanan (39%) dan proses metabolisme didalam sel (14%).

Menurut pakar, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang hari yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan rasa risau tanpa sebab yang munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah pertanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air dari pada sel badan (termasuk darah).

Oleh karena air membabitkan dua komponen yaitu dua molekul hydrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita merasakan mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan karena kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80% pesakit arthritis.

Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel diseluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.

Badan kita membabitkan 70% air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang system pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan resiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk membuang lemak

Bagi seseorang atau individu yang mau mengurangkan berat badan, minum banyak air putih atau air kosong adalah antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan matebolisme badan dan mempercepat proses pembuangan lemak. Untuk kekal sehat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air putih atau air kosong sehari.

Masalahnya banyak orang yang keliru antara isyarat “lapar” atau “dahaga”. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disadari. Masalah ini lebih ketara dikalangan orang tua karena deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak heran jika banyak orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi seseorang yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik adalah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air putih atau air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan yang banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan karena badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, hal ini akan merendahkan tahap metabolisme untuk penghematan pembakaran tenaga.

Bila tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil adalah air putih atau air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong yaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mengatakan ia menyebabkan perut terasa kembung.

Satu-satunya kesan sampingan yang dialami adalah kerap berulang alik ke tandas dan hal ini dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah “terlalu banyak air” karena badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang kerap berlaku adalah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sadar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik adalah apabila anda hanya pergi ke tandas hanya satu atau dua kali sehari, merasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita merasa kembung karena badan mencuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan minum air secukupnya yaitu antara 8 hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat melihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesehatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya 2% air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira atau menghitung dan sukar menumpukan perhatian ketika membaca.

Jadi jangan risau jika anda perlu selalu ke tandas atau bilik air karena hal ini antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

Banyak kajian menyarankan kita berhenti untuk berehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai “rehat” yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran.

Badan akan kehilangan air melalui :

  • Pernafasan : 1 gelas air atau 14%
  • Air kencing : 5 ½ gelas air atau 50 %
  • Peluh : 2 gelas air atau 34%
  • Kotoran : ½ gelas air – 2%

Inilah sebabnya pakar kesehatan menyarankan kita minum air putih atau air kosong, sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau kira-kira 2 liter setiap hari.

No comments: