Sunday, October 17, 2010

MASA BERKUALITI IBU DAN BAPA BERSAMA ANAK


Pada masa sekarang ini sangat banyak wanita yang bekerja dan kesibukan menguruskan perjalanan pekerjaan itu memerlukan mereka membagikan masa antara keluarga dan kerja sebaik mungkin.

Kesibukan ini juga menyebabkan masa pengasuhan anak sudah mula diambil oleh pembantu ataupun pusat asuhan kanak-kanak.

Hal ini boleh memberikan kesan kepada pembesaran mental kanak-kanak berkenaan akibat kekurangan perhatian yang diberikan kedua-dua ibu dan bapa.

Oleh sebab itu, sebagai ibu yang bekerja, mereka harus mencari masa untuk meluangkan waktu bersama anak karena amat penting bagi seorang ibu mengikuti perkembangan tumbuh besar anak-anak mereka.

Menurut pakar, ibu dan bapa perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya empat jam sehari selepas pulang ke rumah untuk bersama-sama anak-anak mereka. Isikan masa yang ada itu dengan aktiviti bermanfaat yang boleh mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak.

Kalau boleh jangan menghabiskan masa yang terluang yang ada dengan menonton T.V hingga membatasi komunikasi dan stimulasi bersama dengan anak. Hal ini boleh menyebabkan jurang hubungan antara ibu dan bapa serta anak makin membesar. Ibu dan bapa perlu mengetahui bahwa anak-anak tidak dianjurkan menonton T.V dalam tempoh dua tahun pertama proses tumbuh besaran mereka.

Ini disebabkan anak-anak cepat menyerap setiap perkara yang berlaku dan akan memberi kesan terhadap pembesaran diri secara reality atau nyata. Mereka akan membandingkan proses yang berlaku secara cepat apa yang mereka lihat di T.V dan dunia nyata tidak sama dan beranggapan bahwa dunia nyata lebih membosankan karena terlalu lambat bergerak.

Oleh sebab itu amat penting bagi golongan ibu yang bekerja untuk berkomunikasi dengan penjaga, pembantu ataupun pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak mengenai cara menyediakan pembelajaran terbaik kepada anak mereka.

Cara penjagaan dan bantuan luar berlainan sekali dengan kehendak dan kemauan kita sebagai ibu dan bapa, sebab itu penting untuk berbincang dan menjelaskan apa yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan. Jangan menyerahkan tanggung jawab menjaga, memelihara dan mengajar anak 100% kepada penjaga, pembantu ataupun pengasuh. Ini karena penting bagi ibu dan bapa mengetahui setiap perkembangan mental anak.

Disamping itu, perlu juga ditunjukkan contoh yang baik cara mengajar anak dirumah kepada pembantu agar mereka boleh menerapkannya ketika majikan tiada di rumah. Untuk memberikan lebih keyakinan kepada ibu dan bapa yang memiliki pembantu, dapatkan kursus penjagaan serta memberi bimbingan mengenai bentuk pengambilan nutrisi yang diperlukan untuk menjaga anak mereka.

Melalui pendedahan ini, pembantu akan lebih menyadari kepentingan pembentukan awal proses tubuh besaran kanak-kanak walaupun mereka sendiri tidak mempunyai pengalaman menjaga anak. Ini penting untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di inginkan berlaku kepada anak-anak yang di tinggalkan bersama penjaga.

No comments: