Tuesday, October 12, 2010

SUSU IBU ADALAH PELINDUNG UNTUK IBU DAN BAYI


Telah banyak informasi dan maklumat tentang manfaat dan kebaikan mengenai susu ibu ini. Manfaat memberikan susu badan ini akan dinikmati oleh ibu dan anak.

Bagi anak, dia memperolehi semua khasiat yang diperlukan sesuai dengan umurnya. Susu ibu adalah makanan yang lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ibu ini, karena susu ibu mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.

Susu ibu juga membantu perkembangan otak dan system saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.

Bayi yang diberi susu ibu, kurang mengalami masalah alahan berbanding dengan bayi yang membesar dengan susu formula. Penyusuan badan juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang.

Sedangkan susu formula mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini menyebabkan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama ketika sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.

Itu sebagian dari manfaat susu ibu untuk bayi. Sedangkan pada diri ibu sendiri, penyusuan badan mempercepat penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke pada saiz asal serta menghentikan pendarahan setelah bersalin.

Penyusuan badan dapat membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan resiko berlakunya kemurungan setelah bersalin. Memang kebanyakan wanita berasa sedih beberapa hari setelah bersalin. Ini adalah hal biasa, tetapi kesedihan itu perlahan-lahan akan hilang apabila ibu mulai menyusukan bayi mereka.

Bagi ibu yang mengamalkan permakanan yang seimbang dan sehat, akan menghasilkan susu badan yang baik untuk anak. Uniknya, komponen dalam susu badan ini berubah-ubah mengikut pertambahan usia anak.

Penyusuan badan juga memberikan perlindungan tambahan kepada ibu karena hal ini akan mengurangkan resiko mendapat kanser payudara dan kanser ovari –dua jenis kanser wanita yang paling ditakuti.

Kanser payudara memberi banyak kesan kepada penampilan dan psikologi seseorang wanita, manakala kanser ovari dikelaskan sebagai kanser yang menakutkan karena sukar dikesan.

Satu hal yang penting yang perlu ibu-ibu ketahui yaitu penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan berlebihan yang anda “kumpul” sepanjang tempoh kehamilan anda.

Setiap wanita yang melahirkan anak telah dianugerahkan Tuhan dengan makanan untuk bayi (susu badan). Pengeluaran susu badan berlandaskan konsep ada permintaan, baru ada penghasilan. Maknanya, jika bayi tidak diberi susu badan, penghasilan susu badan berkurangan dan berhenti selepas tempoh tertentu.

Banyak wanita menganggap kemahiran menyusukan bayi datang secara alami setelah melahirkan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari; baru anda dapat menyusukan bayi dengan baik dan hal ini secara tidak langsung meningkatkan penghasilan susu badan.

Apa yang diperlukan ? Teruskan penyusuan walaupun anda berasakan susu yang keluar sangat sedikit. Bayi anda bijak, dia akan menghisap susu dan berhenti apabila rasa kenyang; tidak akan tahu berapa banyak susu yang masuk ke dalam perutnya. Kuantiti yang anda rasakan “sedikit” itu mungkin cukup untuknya untuk sekali susuan.

Pada awalnya susu yang keluar memang sedikit. Teruskan memberikan rangsangan (menyusu bayi dengan betul); pengeluaran susu akan lebih tetap setelah 3 hari melahirkan anak.

Beberapa faktor boleh mempengaruhi pengeluaran susu seperti kurang rangsangan, cemas dan bimbang, merokok, minum minuman beralkohol, kurang keyakinan serta tidak mendapat sokongan, khususnya daripada suami dan ahli keluarga yang lain, untuk menyusukan bayi.

Ada yang bertanya adakah makanan khusus yang boleh meningkatkan penghasilan susu badan ?. Tidak ada. Yang perlu dilakukan hanya mengamalkan pemakanan seimbang dan banyak minum air; sekurang-kurangnya 1 – 1 ½ liter air sehari.

Wanita yang menyusukan anak memerlukan lebih kalori (300 hingga 500 kalori) berbanding wanita lain. Cara mendapatkannya adalah makan yang kerap yaitu 5 hingga 6 kali sehari dan lebihkan mengambil protein.

Larangan makan ayam karena takut gatal, terutama bagi wanita yang bersalin melalui pembedahan, sebenarnya tidak praktikal karena ayam mengandungi protein yang sangat diperlukan untuk penyembuhan luka. Kalau tidak mahu makan ayam, boleh diganti dengan sumber protein yang lainnya.

Susu yang dirumus untuk ibu juga baik bagi membantu wanita mendapatkan kalori harian secukupnya karena biasanya mengandungi vitamin D, asid folik dan mineral. Ramai bertanya mengenai makanan yang perlu dielak ketika menyusukan bayi.

Bagaimanapun menurut pakar pemakanan, wanita supaya tidak mengambil ubat atau persediaan herba sebelum dan sesudah bersalin karena hal ini boleh menyebabkan lebih banyak pendarahan ketika bersalin secara normal atau pembedahan. Pengambilan persediaan herba ini dibenarkan 6 minggu setelah bersalin.

Cara meningkatkan pengeluaran susu badan :

· Letakkan bayi dekat dengan payudara.

· Jangan berikan puting getah pada bayi, karena hal ini boleh mengelirukan bayi dan mengurangkan masa mengisap susu badan.

· Berikan galakan pada bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu akan dihasilkan.

· Penghasilan susu berlandaskan konsep ada permintaan, ada bekalan.

· Jangan membatasi kekerapan menyusukan anak.

· Beri susu dari kedua-dua belah payudara. Jangan tertumpu pada sebelah saja supaya penghasilan susu setara.

· Berehat sebanyak mungkin dan bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.

· Jangan berasa terpaksa menyusukan anak dan tidak sabar menunggu anak habis menyusu. Beri masa kepada anak dan diri sendiri karena hal ini merupakan proses belajar untuk anda berdua, ibu dan bayi.

Cara penyusuan bayi yang betul

· Letak bayi pada posisi yang betul, dengan berbaring atau duduk dengan memangkunya.

· Pastikan kedudukan anda juga betul.

· Sentuh mulut bayi dengan puting anda sehingga dia membuka mulutnya. Dekatkan bayi ke dada dan pastikan puting serta bahagian areola masuk sepenuhnya dalam mulut bayi.

· Jika bayi atau ibu nampak tidak selesa, tarik puting daripada mulut bayi dan mulakan semula.

· Susukan bayi hingga dia kenyang yaitu sehingga bayi melepaskan puting ibu secara spontan.

· Selepas selesai penyusuan di sebelah payudara, beri bayi susu daripada payudara yang sebelah lagi.

· Tanda penyusuan betul adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagunya menyentuh payudara ibu, bibir bawah dalam keadaan normal (tidak terlipat ke dalam mulut) dan anda boleh melihat tindak balas bayi ketika menyusu.

Masalah yang biasanya timbul ketika penyusuan badan

Antara masalah yang sering dialami wanita adalah payudara bengkak karena banyak susu. Cara mengurangkan bengkak adalah dengan menyusukan bayi dengan kerap dan mengepam susu (supaya boleh disimpan dan diberikan kepada anak kemudian).

Jika bengkak masih tidak hilang, tuam payudara dengan tuala yang direndam dalam air hangat (elak terkena puting dan aerola yaitu bagian berwarna gelap sekeliling puting). Ulang beberapa kali sehingga rasa sakit dan bengkak berkurangan. Anda juga boleh mengurut payudara perlahan-lahan kearah putting untuk merangsang aliran susu.

Pada masa sama wanita kerap menghadapi masalah puting terasa sakit dan pedih. Hal ini mungkin disebabkan beberapa perkara seperti :

· Belajar cara penyusuan yang betul. Pastikan puting dan bagian aerola masuk kedalam mulut bayi. Cara yang betul untuk menarik payudara dari pada bayi anda adalah dengan menekan dagu bayi perlahan-lahan supaya mulutnya terbuka. Kaedah ini dapat mengurangkan gesekan pada puting.

· Mulakan penyusuan dibelah payudara yang tidak sakit karena pada ketika ini daya sedutan dari mulut bayi anda lebih kuat.

· Tuam tuala panas disekeliling payudara sebelum memulakan penyusuan untuk merangsang pengeluaran susu.

· Sapukan sedikit susu pada payudara anda terutama di bagian aerola untuk melicinkan dan melegakan tisu.

· Sapukan krim jika perlu (selepas penyusuan).

Bila susu perlu di pam ? Menurut beberapa pakar hal ini boleh dilakukan dalam beberapa keadaan seperti bayi tidak cukup matang untuk menghisap susu atau memerlukan susu anda, contohnya : bayi yang lahir tidak cukup bulan; payudara menjadi bengkak dan ibu kembali bekerja.

Wanita yang hendak kembali bekerja disaran memerah susu dua minggu lebih awal untuk membiasakan bayi menerima susu dari botol. Pada suhu bilik, susu diperah boleh bertahan sehingga 8 jam dan 24 hingga 48 jam jika disimpan dalam peti sejuk bagian bawah.

Susu boleh tahan sehingga 3 bulan jika disimpan di bagian dingin beku (bagi peti sejuk dua pintu). Pastikan susu tidak diletakan di bagian pintu karena suhu berubah setiap kali pintu dibuka.

Ketika di tempat kerja, pam susu anda beberapa kali sehari mengikut keperluan. Lakukan juga pada waktu malam sebelum tidur supaya bayi anda mempunyai bekalan susu yang cukup ketika anda tiada di rumah atau bekerja.

No comments: