Sunday, October 17, 2010

TEKNIK MENDIDIK ANAK MENGGOSOK GIGI


Banyak ibu dan bapa mengambil jalan mudah mengenai penjagaan gigi anak-anak. Gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula pada peringkat janin lagi. Sebab itu pengambilan makanan ibu terutama makanan mengandungi kalsium ketika hamil sangat penting karena hal ini akan mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri.

Setelah bayi dilahirkan, biasakan mengelap batas gusinya dengan menggunakan tuala basah dengan lembut selepas menyusu. Langkah mengeringkan batas gusi bertujuan mengelakkan sisa susu tertinggal di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.

Apabila bayi dibiasakan dengan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, dia akan berasa nyaman dengan keadaan itu dan penjagaan gigi akan menjadi hal yang biasa.

Antara panduan yang boleh diikuti ibu dan bapa adalah :

· Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu dan bapa boleh memperkenalkan dengan brush gigi dan ubat gigi kanak-kanak. Tetapi pastikan ibu dan bapa yang menggosok gigi anak dan tidak membiarkan anak-anak melakukannya sendiri. Hal ini bagi memastikan gigi di gosok dengan baik dan anak-anak tidak tertelan ubat gigi.

· Kebanyakan ibu mengambil mengambil posisi didepan anak ketika mengajar anak-anak menggosok gigi. Teknik ini sebenarnya salah, untuk lebih berkesan, posisi ibu harus ada dibelakang anak, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersihkan lidah dan menggosok gigi yang betul.

· Ajar mereka menggosok gigi mengikut jadwal setiap pagi dan malam. Pastikan ibu dan bapa juga menjaga gigi dan jika boleh, lakukannya bersama anak-anak mereka.

· Pilih brush gigi dan ubat gigi mengikut peringkat usia kanak-kanak. Brush gigi beraneka bentuk serta warna akan mempengaruhi kanak-kanak menggosok gigi.

· Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa dokter gigi walaupun anak-anak tidak bermasalah gigi. Jangan tunggu sehingga giginya sakit. Karena lawatan pertama tanpa kerusakan pada gigi akan membuatkan anak-anak suka dan menyenangi dokter gigi.

· Jadikan lawatan ke dokter gigi sebagai perjumpaan keluarga. Kanak-kanak cenderung untuk meniru sikap ibu dan bapa.

· Jika anak-anak menikmati makanan manis, ajar dia menggosok gigi selepas makan atau minum.

· Ajar anak-anak memilih snack yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu malam dan bukan antara waktu makan. Air liur pada waktu makan akan membantu membersihkan gula dalam mulut.

Ada beberapa hal yang menyebabkan masalah gigi. Antaranya adalah pembersihan gigi yang tidak betul menyebabkan kewujudan plak atau lendir selaput gigi yang mengakibatkan gigi cepat rusak. Untuk itu pembersihan efektif dan teknik yang betul sangat di perlukan.

Kerusakan gigi susu yang menyeluruh dan reput disebabkan tiada tabiat menggosok gigi sejak kecil. Ini ditambah pula dengan tabiat memakan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula, tetapi tidak pula membersihkan gigi selepas makan.

Menghisap puting, susu botol atau menghisap jari juga antara penyebab masalah gigi. Pastikan kanak-kanak tidak menghisap puting atau menghisap jari. Tabiat ini akan mengganggu pembentukan tulang rahang dan boleh menyebabkan giginya jonggang. Jika anak menghisap susu botol, pastikan puting susu dijauhkan dari mulut ketika anak tidur.

No comments: