Wednesday, October 13, 2010

TABIAT PEMAKANAN YANG BAIK


Tabiat pemakanan yang baik akan membantu memperbaiki proses penghadaman, dalam hal ini adalah makan secara perlahan-lahan dan tidak perlu tergesa-gesa atau makan secara cepat-cepat.

Makan secara perlahan-lahan mempunyai banyak manfaat terhadap kesehatan. Antara manfaat tersebut adalah :

· Mengunyah makanan perlahan-lahan boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur. Air liur kita mengandungi enzim emilase yang membantu menghadam makanan. Makan perlahan-lahan boleh memperbaiki proses penghadaman didalam usus kecil, maka penyerapan zat dari pada makanan akan menjadi lebik baik. Hal ini juga akan mengelakkan berlakunya masalah ketidak hadaman seperti sakit perut.

· Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan. Bagi orang yang makan cepat, mereka akan mengambil banyak makanan untuk merasa kenyang dan ketika itu, jumlah kalori yangmasuk ke dalam badan mungkin dua kali ganda daripada yang diperlukan.

· Makan perlahan-lahan membolehkan kita menikmati keenakan, keharuman dan tektur makanan dengan lebih baik. Makanan yang dinikmati dalam keadaan tenang akan terasa lebih enak.

· Mengelakkan masalah pedih hulu hati atau asid refluks. Tabiat makan cepat antara punca pedih hulu hati. Jadi, tidak perlu mempertaruhkan kesehatan perut hanya karena kita mahu cepat beredar dari meja makan.

· Makan perlahan-lahan antara langkah bijak kearah kesehatan yang lebih baik. Seseorang yang makan cepat lebih terdorong untuk makan makanan ringan (snack) yang kurang berkhasiat.

· Mengurangkan tekanan. Ada pakar pemakanan menyarankan apabila kita makan, kita perlu memberi tumpuan kepada makanan. Ini adalah latihan untuk kita melakukan sesuatu dengan tenang.

Uraian diatas adalah antara faedah makan perlahan-lahan. Tetapi bagaimana kita boleh memperlahankan rentak makan yang sudah menjadi amalan sejak kecil ? ada beberapa langkah yang boleh diamalkan seperti :

· Pada saat anda makan, kunyahlah makanan secara perlahan-lahan sehingga benar-benar lumat. Berapa kali untuk mengunyah ? Ada yang menyarankan untuk mengunyah makanan mengikut umur anda. Jika anda berumur 30 tahun, maka anda perlu kunyah sebanyak 30 kali. Semakin kita berusia, kita memerlukan makanan yang lebih lembut. Ini karena semua organ termasuk usus mengalami proses penuaan, sesuai dengan peningkatan umur kita. Tetapi terpulang kepada anda, hendak berapa kali mengunyah makanan, yang penting anda mengunyah secara perlahan-lahan. Makanan yang dikunyah hingga benar-benar lumat karena mengandungi banyak air liur dan lebih mudah dihadamkan.

· Sebagai ibu dan bapa, anda juga bertanggung jawab menetukan corak dan tabiat pemakanan anak-anak. Beritahu anak-anak untuk makan secara perlahan-lahan dan manfaatnya. Pastikan tidak ada gangguan ketika makan, seperti television.

· Tambahkan sayur dan buah-buahan kedalam menu harian anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lebih masa untuk dihancurkan.

· Bila anda bekerja, luangkan masa yang khusus untuk makan. Walaupun anda sibuk, apabila tiba waktu makan, bangun dari meja dan bawalah bekal anda ke ruang yang di khaskan untuk makan. Otak dan mata anda juga perlu berehat. Jadi, inilah masa yang baik untuk berehat.

Buat catatan masa atau waktu yang anda ambil untuk makan. Ini adalah langkah yang baik untuk melihat perkembangan anda. Hal ini secara tidak langsung akan mengajar anda untuk makan perlahan-lahan demi kebaikan diri sendiri.


No comments: