Saturday, November 6, 2010

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SEBELUM WAFAT


Sebelum Baginda wafat, ada banyak perkara buruk yang diperingatkan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Antaranya adalah :

· Umat Islam akan melakukan penyelewengan dari ajar Islam yang sebenar, seperti yang dilakukan oleh kaum Bani Israil.

Baginda menyebut perihal Bani Israil karena penyelewengan mereka adalah seburuk- buruknya contoh yang wajib dijauhi dan di singkirkan.

Meskipun mereka pada mulanya diberikan pelbagai nikmat dan keistimewaan, diturunkan kepada mereka kitab suci dan diutuskan berapa banyak Nabi dan Rasul, tetapi kebanyakan mereka tetap kufur, ingkar dan terus melakukan perlbagai jenayah serta kekejaman disepanjang sejarah kaum itu.

Mereka sudah runtuh akhlaknya, hilang lenyap perikemanusiaannya dan berpecah belah kepada pelbagai puak dalam kepercayaan dan fahamannya serta mengadakan berbagai helah untuk memutar belitkan ajaran dan hukum agama.

Mereka juga menimbulkan dan mengembangkan perbagai fahaman seperti fahaman komunis, kapitalis dan sebagainya yang merusakkan ketentraman dan susunan masyarakat serta perekonomian negara dunia yang dijalarinya.

Bahkan, merekalah yang mengembangkan kebudayaan kuning dan melanggar tata tertib serta kesopanan melalui film, akhbar, majalah dan fashion pakaian serta kelab malamnya sehingga mereka berhak dilaknat Allah, Malaikat, Rasul dan seluruh umat manusia yang berperikemanusian.

Baginda Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan dengan tegas sebagaimana yang disebut dalam salah satu hadisnya yaitu bahwa umatnya akan terpengaruh dan mengikut dengan membuta tuli kepada segala apa jua yang datangnya dari kaum Yahudi dan Nasrani.

Rasulullah SAW menyebut kedua-dua kaum itu secara khusus karena selain diutuskan Rasul, merekalah saja yang berpengaruh dan banyak angkara pada zaman Rasulullah.

Kalau kita diingatkan supaya jangan terpengaruh dengan penyelewengan kaum yang diberikan kitab dan pimpinan itu, maka wajib kita menolak bulat-bulat segala apa yang cuba disogokkan kaum yang tidak pula menerima pimpinan Rasul.

Contohnya, kaum Majusi, komunis, atheis dan sebagainya yang cuba menyogok kita dengan perkara yang bertentangan dengan dasar Islam seperti yang berlaku dan dapat disaksikan pada zaman kita ini.

Apa yang diperingatkan Rasulullah SAW mengenai penyelewengan yang akan berlaku dikalangan umatnya itu sudahpun berlaku dan menjadi kenyataan. Pada zaman sekarang ada orang Islam yang suka meniru bulat-bulat apa yang datang daripada orang bukan Islam,meskipun perkara yang ditiru itu bertentangan dengan ajaran dan akhlak Islam.

Antara perkara itu adalah perbuatan sesetengah wanita Islam, selain tidak mematuhi Al- Quran yang menyuruh mereka menutup kepala meliputi belahan leher bajunya, mereka pula membesarkan hiasan kepadanya dengan perbagai cara termasuk menggunakan rambut palsu.

Ada pula menghaluskan bulu keningnya. Ada yang berpakaian tetapi mereka seolah-olah telanjang karena kainnya tipis dan tidak menutup aurat. Ada juga yang berjalan di khalayak ramai dengan cara tidak sopan seperti lagak perempuan yang tidak baik.

Ada juga perempuan yang memakai pakaian lelaki serta berlagak seperti lelaki sedangkan segala perbuatan sedemikian dikutuk Islam. Selain itu, ada wanita yang rela mempamerkan badannya seperti menggunakan pakaian yang sempit dan singkat, mendedahkan aurat, sengaja memperlihatkan bentuk badan dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum dan kesopanan Islam.

Ada wanita yang keluar dari rumah dengan menggunakan perbagai perhiasan yang menarik perhatian dengan menggunakan berjenis-jenis bedak muka dan gincu bibir serta memakai bauan-bauan yang harum. Padahal semua itu dan segala perhiasan tersebut selayaknya dilakukan di rumah, khususnya untuk suami.

“Wanita Islam dilarang memperlihatkan hiasan tubuhnya kecuali kepada suami dan orang lelaki yang menjadi mahramnya serta orang yang tertentu.” (Surah Al-Nur : 31).

Lelaki pula juga tidak terkecuali daripada perkara buruk. Ada lelaki Islam yang sudah hilang perasaan cemburu terhadap istrinya serta perempuan di bawah jagaannya, sehingga dia hampir-hampir bersifat seperti orang dayus yang dikutuk Islam dan diharamkan Allah daripada memasuki syurga-Nya.

Ada juga lelaki yang berlagak dan berhias seperti perempuan dan yang memakai pakaian perempuan. Semua yang dilakukan lelaki atau wanita itu adalah haram dan dikutuk, bukan saja tidak akan masuk syurga malah tidak dapat mencium baunya, sedangkan bau syurga boleh dihidu dari jarak yang jauh.

· Akan berlaku perpecahan dikalangan umat Islam mengenai akidah kepercayaan dan amalan agama, seperti yang berlaku kepada kaum Bani Israil, pada hal perpecahan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Semua puak yang berpecah itu salah dan sesat kecuali yang tetap menurut jalan pimpinan Rasulullah SAW dan bawaan sahabatnya, dengan tidak mengurangi, menokok tambah dan tidak menyelewengkan sedikit pun.

· Akan timbul dalam kalangan umatnya beberapa puak yang dijalari bahaya penyakit hawa nafsu suka mengurangi, menokok tambah atau menyelewengkan dari jalan yang sebenarnya.

Ingatan tegas dan jelas yang diberikan Rasulullah SAW adalah supaya umatnya tetap menurut jalan pimpinannya dan bawaan sahabat-sahabatnya.



No comments: