Saturday, November 6, 2010

JAGA TERTIB KETIKA MAKAN DAN MINUM


Keperluan makan dan minum penting dalam hidup kita karena hal ini menjadi sumber tenaga untuk tubuh badan kita. Walaupun begitu, kita tidak boleh mengikut kehendak nafsu dalam memenuhi keperluan makan dan minum.

Apa yang perlu diambil berat adalah dari sudut halal dan tidak halal, sama ada sifat makanan itu sendiri mahupun sumbernya.

Makanan yang kita makan menjadi darah daging. Sel-sel darah membentuk hati dan hati yang dibentuk dari sumber tidak halal akan menjadikannya keras dan buta dari segi kemudahan serta kesediaan menerima seruan kebenaran. Hati begitu akan terasa sudah dan berat menerima sebarang ilmu serta didikan yang berguna.

Berikut ini adalah adab atau tata cara makan dan minum menurut Islam :

· Membaca doa

Sebelum makan, hendaklah memcuci tangan. Duduk dengan sopan dan tertib serta tidak lupa untuk membaca doa sebelum makan.

· Gunakan tangan kanan

Jangan sekali-sekali mengambil atau menyuap makanan dengan tangan kiri, karena perbuatan itu mencontohi perangai syaitan.

· Mulakan dengan kalimah “bismillah” sebelum menyuap makanan ke mulut.

Jika terlupa membacanya tetapi teringat waktu sedang makan, bacalah “Dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya”.

· Tenang dan sopan

Jika makanan berupa satu hidangan, sediakan hamparan terlebih dahulu untuk dijadikan pengalas. Ambillah makanan atau lauk yang paling dekat dulu. Makan dengan tenang dan sopan, jangan terburu-buru.

· Elakkan pembaziran

Ambillah semula makanan yang terjatuh dari hidangan karena Rasulullah SAW ada berpesan, “Apabila suapanmu jatuh, ambillah kembali, lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang bersih. Jangan biarkan ia dimakan oleh syaitan. (Riwayat Muslim).”

· Jangan merungut

Eloklah jangan terlalu banyak bercakap ketika sedang makan. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk/dingin. Jika tidak menyukai makanan yang dihidangkan, jangan mencela atau merungut.

· Makan sambil duduk

Rasulullah SAW melarang makan atau minum sambil berdiri, apalagi jika sambil berjalan. Sebaik-baiknya habiskan makanan dan jangan dibiarkan tersisa.

· Disunnatkan mengulum jari sesudah makan.

Mudah-mudahan memperolehi keberkatan daripada Allah SWT.

· Tertib ketika minum

Elakkan meminum air ketika sedang makan. Bacalah “bismillah” terlebih dulu sebelum minum. Jangan bernafas didalam bekas minuman ketika sedang minum.

· Membaca doa selepas makan

Selesai makan cucilah tangan. Akhirkan dengan membaca doa selepas makan yang berarti : “segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami orang Islam.

No comments: