Tuesday, September 14, 2010

KELEBIHAN WANITA YANG BERKAHWIN


Kini ada segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya adalah karena menganggap perkahwinan sebagai bebanan yang menyekat kebebasan. Apabila berkahwin, kuasa mutlak menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja mengurus rumah tangga dan anak-anak.

Justru, ramai yang lebih rela menjadi anak dara tua walaupun hakikatnya, hal ini tidak dapat memberikan kebahagiaan pada jiwa. Ada juga tidak berkahwin karena terlalu memilih calon sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan karena terlalu sibuk dengan tugas masing-masing.

Perkembangan mengenai wanita yang tidak gemar berkahwin bukan saja berlaku dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan saja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkawinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Sabda Rasulullah : “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara yaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami, maka masuklah mana-mana syurga yang di kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun dia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah dan kehormatan, wanita yang tidak berkahwin, tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan ridha Allah pun bergantung kepada ridha suami.

Selain itu, antara kelebihan wanita berkahwin adalah dia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) dikala mengandung. Apabila menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam karena menguruskan anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh karena terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1,000 pahala dan diampuni 2,000 dosa.

Lebih istimewa lagi adalah bagi wanita yang tinggal di rumah karena menguruskan hal-hal berkaitan dengan anak-anak, akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah SAW di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela di jimak suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati karena bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.


No comments: