Monday, September 27, 2010

KELEBIHAN SHOLAT MALAM


Sekiranya seseorang Muslim itu merenung seruan dalam Surah Al-Muzammil, sudah pasti dia akan mendapati didalamnya terkandung pengajaran cukup besar.

Sesungguhnya, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya berdiri malam dengan bersholat dan baginda dalam situasi yang sukar dan memerlukan pertolongan dan bantuan daripada Tuhan.

Perintah itu datang dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-2, yang bermaksud : “Wahai orang yang berselimut (Muhammad) bangunlah (untuk bersembahyang) dimalam hari kecuali sedikit (daripadanya).”

Perintah mengerjakan sholat malam itu sebagai tarbiah untuk jiwa dan menggilap hati, sebagai ikatan keatas hati dan memperkukuh keatas hati.

Sholat malam adalah fardhu bagi Rasullulah SAW dan sahabat baginda, sebagaimana diriwayatkan didalam Sahih Muslim satu hadis daripada Zurarah r.a. dimana Aishah berkata :

“Tidak engkau membaca (maksudnya); wahai orang yang berselimut”. Aku menjawab, “Ya”. Aishah berkata : “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memfardhukan sholat malam pada awal surah ini.”

Lalu, Rasulullah SAW dan sahabat baginda bangun mengerjakan amalan itu selama setahun dan Allah sudah menahan penutup surah itu selama 12 bulan diatas langit.

Hinggalah Allah menurunkan penutup surah itu dengan memberi kelonggaran lalu menjadikan sholat itu sebagai amalan sunat yang begitu dituntut, selepas ia di fardhukan selama setahun kepada Rasullulah SAW.

Hikmah ibadah pada sebelah malam itu termasuk menyampaikan seorang hamba ke martabat orang-orang yang melakukan kebajikan (muhsinin), dimana dia menyembah Allah seolah-olah dia melihat Allah. Jika dia tidak melihat-Nya, dia merasakan Allah melihatnya.



No comments: