Tuesday, September 14, 2010

WAJIB MENUTUP AURAT

Aurat diambil daripada perkataan Arab “Aurah” yang berarti keaiban. Dalam istilah fikah, aurat diartikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi daripada pandangan.

Dalam Islam, terdapat beberapa keadaan umat Islam dibenarkan membuka aurat dan hanya pada orang-orang tertentu.

Perintah menutup aurat difirmankan Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 33 : “Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah karena hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu – wahai “ahlul bait”, dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)”.

Daripada penerangan ayat diatas, jelaslah kepada kita bahwa hukum menutup aurat wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak daripada diganggu mereka yang mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika membuka aurat sewenang-wenangnya, secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara sumbang selain timbul berbagai fitnah.

Allah SWT berfirman dalah Surah Al-Azhab ayat 59 : “Wahai Nabi, suruhlah istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Islam menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut, manakala aurat wanita pula menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat bagi wanita ada perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

Aurat ketika sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat ketika sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bagian anggota pusat dan lutut. Ini berarti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.

Aurat ketika bersama mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walaupun begitu, wanita dituntut agar menutup bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Syarak menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita yaitu :

    1. Suami
    2. Ayah, termasuk kakek sebelah bapak dan ibu
    3. Ayah mertua
    4. Anak-anak lelaki termasuk cucu, baik dari anak lelaki atau anak perempuan
    5. Anak-anak suami.

Dalam perkara ini Islam mengharuskan istri bergaul dengan anak suami karena wanita itu dianggap dan berperan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

    1. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapak
    2. Anak saudara lelaki karena mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
    3. Anak saudara daripada daripada saudara perempuan
    4. Sesama wanita sama ada mempunyai kaitan keturunan atau seagama
    5. Hamba
    6. Anak-anak kecil belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Aurat ketika di hadapan lelaki bukan mahram

Kewajiban menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram amat penting dan perlu dilaksanakan setiap wanita bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak di ingini.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu lelaki akibat penglihatan terhadap wanita memakai pakaian tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.


No comments: